Catatan

DIARI SEORANG PEREMPUAN

Imej
  Skip to cont “Pranggg” Tiba-tiba satu tamparan hebat Fikri ke muka Dian. “Abang…kenapa ni abang apa salah Dian? “ “Ehhh..kau jangan banyak cakap aku dah muak dengan perangai kau, perempuan jalang, tak sedar diri” Setiap hari ada saja tak kena di mata Fikri suaminya itu, ada saja salah silap Dian. Segala macam kata buruk dan hinaan dari Fikri dihambur tanpa belas kasih pada Dian. Pernah suatu hari ditariknya rambut Dian dan ditolak Fikri sehingga isterinya itu terjelepuk sampai keningnya berdarah terkena hujung bucu meja makan. Semuanya gara-gara masakan Dian dikata tak sedap. “Kau reti ke tak masak ni, jangan-jangan yang kau beri aku makan ni sampah? “ Habis bersepah makanan di lantai lantaran pinggan tadi dilontarnya ke arah isterinya, nasib baik Dian sempat menggelak. Sudah lama Dian bersabar dengan perangai Fikri itu, sebelum ni dia pernah bekerja di sebuah kedai buku sebagai juruwang tetapi terpaksa berhenti kerana tak tahan dengan perangai cemburu buta Fikri. Melihat Dian semban